Thursday, October 11, 2012

Pengalam Premium Beutiful dari blogger

Sekarang ni ramai jugak blogger yang dh pakai PB and bagi positve feedback. And harini kita nk kongsikan sikit testimoni dari blogger-blogger..


Jeng...Jeng...


Jeng....

 




Kalau korang nak tengok ape yang dorg ceria pasal PREMIUM BEAUTIFUL boleh la klik link kat nama dorg tu.. 

And for those yang nak consultation and nak try pkai PB ni boleh la sms /whatsapp
Sahirah : 016-442 4891
or
email: sahirahpremiumbeautiful@gmail.com





Wednesday, August 29, 2012

Update Wedding Checklist


Benda Wajib
- Kursus Pra perkahwinan {DONE}
- Ambil/Download borang Nikah {PENDING}
-Buat temujanji HIV Test {PENDING}
- HIV Test Kita and En.Buah Hati {PENDING}
- Hantar Borang Kita n En.Buah Hati {PENDING}
-Booking Juru Nikah {PENDING}

Hantaran to En.Buah Hati
- Sireh Junjung {PENDING}
- Asam Garam Kehidupan {PENDING}
- Gadget {PENDING}
-Toiletries + perfume {DONE}
- Kasut {PENDING}
-Kek {PENDING}
- Sejadah {DONE}
- Jam Tangan {DONE}
- Buah Buahan {PENDING}


Hantaran to Kita
Sireh Junjung {PENDING}
- Telekung {DONE}
- Beg Tangan {PENDING}
- Penjagaan Diri {DONE}
-Duit Hantaran + Cincin {DONE}
-Gadjet {PENDING}
-Manisan @ Coklat {PENDING} 


Pakaian + Kasut + Perhiasan En.Buah Hati
-Nikah {PENDING} 
- Majlis Rumah Kita {PENDING} 
- Majlis Rumah En.Buah Hati {PENDING} 

Pakaian + Kasut + Perhiasan Kita
-Nikah {PENDING} 
- Majlis Rumah Kita {PENDING}  
- Majlis Rumah En.Buah Hati {PENDING} 


Jemputan
- Kad Jemputan {PENDING} 
- Edar Kad jemputan {PENDING} 
- Jemput melalui FB {PENDING} 

Deco,Deco,Deco
- Bunga hantaran En.Tunang {IN PROGRESS} 
-Bunga Hantaran Kita  {IN PROGRESS}   
- Bunga Penanggah {DONE}
-Bunga Tangan {DONE}
-Bunga Hiasan {IN PROGRESS} 
- TQ Tags {DONE}

Majlis Rumah Kita
-Gift Cawan/Mangkuk {DONE}
- Khemah + Kerusi + Meja {PENDING}
- Masak {PENDING}

Majlis Rumah En.Buah Hati
- Gift {PENDING}
-Khemah + Kerusi + Meja {PENDING}
- Masak {PENDING}

p/s: camne ni??? masih banyak yang pending...Sahirah sila rajin ye!!!





Wednesday, July 18, 2012

Fungsi struktur Beautiful

Untuk post yang lalu kita dah terangkan apa tu Premium Beautiful kali ni jom kita ketahui setiap fungsi struktur Premium Beautiful


Kita terangkan mengikut nombor-nombor yang tertera pada gambar ye.

1. Cup yang berbentuk piramid yang dapat menampung payudara agar tidak jatuh, puting berada dalam kedudukan yang betul (mengelakkan daripada berlakunya kanser payudara serta mengembalikan pigmen puting segar dan cerah)
2. Menghalang lelemak mengalir ke bahagian belakang.
3. Menguatkan rahim, mengemaskan bahagian perut serta menghilangkan kesan rekahan terutama bagi ibu-ibu selepas bersalin
4. Bahagian ini tidak menekan ovari. Memberi kesan hormon yang seimbang 'estrogen' dan 'progreston'
5. Mengelak dari masalah gastrik dan ulser
6. Lace cup mempunyai keanjalan supaya dapat mengelakkan payudara daripada melimpah keluar
7. memecah lelemak pada bahagian atas perut
8. Lubang angin mengawal keputihan, pengaliran darah dan udara untuk menghilangkan kesan bau pada wanita
9. Kedudukan bentuk tali tidak mudah jatuh.
10. Lapisan teninan bahagian belakang terbahagi kepada dua lapisan yang mengawal lelemak yang telah kehadapan supaya tidak kebelakang semula
11. Love shape nipis untuk membentuk pinggul yang menarik dan mengukuhkan kedudukan pinggul
12. Bahagian ini dapat menampung dengan kuat supaya tidak jatuh dan mengelakkan lelemak dari jatuh ke bawah
13. Tetulang yang berfungsi untuk mengatasi masalah tulang belakang seperti bongkok, slip-disc, sakit pinggang dan pengaliran darah. Suntikan FIR yang paling banyak dalam tetulang bengkung tersebut. Khas untuk ibu-ibu selepas bersalin
14. Tali yang berfungsi untuk memudahkan kemasan dan merampingkan pinggang.



Untuk Maklumat lanjut sila hubungi:

012-7974891- SAHIRAH


Tuesday, July 17, 2012

Apa itu Premium Beautiful???

Premium Beautiful (PB) merupakan pakaian dalam wanita yang mengekalkan pembentukan kontur badan berserta teknologi Far Infrared Rays (FIR). Ia juga membentuk daya ketahanan, memulih dan merawat kesihatan dalam bentuk  terapi FIR. 



Keistimewaan terapi FIR

1. Memperbetulkan aliran darah dalam tubuh.
2. Menungkatkan kadar metabolisma badan.
3. Memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan.
4. Mengelakkan pertumbuhan bakteria.
5. Mengeluarkan peluh asid.
6. Menggalakkan tumbesaran lebih teratur.
7. Mengekalkan kesegaran badan.
8. Mengurangkan kandungan asid dalam darah.
9. Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan @ tempat yang sakit.
10. Tidur lebih selesa dan nyenyak.
11. Menghilangkan bau badan.
12. Menghilangkan kulat dan fungus.
13. Membersihkan udara dalam badan.
14. Mengekalkan kepanasan suhu badan.
15. Menghalang pembiakan sel kanser dalam badan.
16. Membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik.


Untuk Maklumat lanjut sila hubungi:

012-7974891- sahirah

Thursday, July 5, 2012

Contest: Like, Post & Win RM600*

Selama ni org jadi silent reader je tuk blog Journey of Bride to Be. Blog ni sangat informative untuk bakal-bakal pengantin...huhu dah nama pun journey of bide to be kan mesti la info-info yang de sume berkaitan bakal pengantin bermula dari persiapan tuk pertunangan sampaikan lah ke majlis perkahwinan sume de. Tips nak kurus pun ada. Conclusion nya sume ade la ^_^ yang menariknya blog ni merupakan perjalanan Kina ( Owner journey of Bride to Be) sendiri. 

Baru-baru ni Kina ada buat contest dan sesiapa je bleh join this contest cuma kne ikut 4 steps ni.

1) Like fanpage Journey of Bride to Be dan sponsor hadiahnya TheshopAblog
2) Like post Kina di Sini
3) Buat entry seperti Ini
4) Tinggalkan link+nama facebook dekat blog Journey of Bride to Be

Hadiahnya berbeza untuk setiap katogeri 

Pemenang Kategori Pertama:
Satu penyertaan untuk entry yang paling best
Pemenang Kategori Kedua:
Satu penyertaan blog yang paling tinggi referral
Pemenang Kategori Ketiga:
Tiga penyertaan yang dipilih secara random


Kategori Pertama : 1 x Telekung Sulam Imported (worth RM100) + 14 complete pack 3D Crest Whitening Professional Effect (worth RM135) + Tony Moly Lip Tint (Worth RM18)

Kategori Kedua: 1 x 14 complete pack of 3D Crest Whitening Advanced Vivid (worth RM125)

Kategori Ketiga: 3 x 7 trial pack of 3D Crest Whitening Professional Effect (worth RM75) + Tony Moly Lip Tint (Worth RM18)

So apa lagi jom la join this contest ^_^

p/s: mana la tau de rezeki nak putihkan gigi hehehe



Friday, June 29, 2012

Burger Besar Punya


 Ade la satu hari tu dengan perut yang kosong gagahkan diri mencari makanan, tetibe en.tunang ajak makan burger dan terlintas la nak try YB Burger dekat Resepi YB, Food court Anjung Seksyen 7, Shah Alam. Ala yang dekat dengan Unisel tu....

Ini la nombor giliran kitorang

Setelah sekian lama tunggu punya tunggu akhirnya burger jumpa jgk meja kitorang


Hehe bersinar-sinar nak makan 

Macam ni la perbezaan saiz YB Burger dengan burger yang sebenar

Nampak tak betapa kuat makannya beliau..hahahaha

memang sedap woooOOO..... Kitorang pilih roti origano, Patty blackpepper

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal YB Burger ni bleh la terjah kat Sini. Bleh jgk usha FB dorang kat Sana. Kepada sesiapa yang tank beasr bleh la join pertandingan makan burger yang di adakan setiap hari sabtu jam 10pm.

p/s: klo nak makan kne la sabar menanti ye..xsabar xdpt makan la jawab nyr..



Friday, June 15, 2012

Contest: Saya Mahu T-Shirt Bride & Groom Tu

Rasa macam dah lama xjoin any contest from blogger kat luar sana....
Ok kali ni tuan tanah Tentang C.I.N.T.A, As yang buat contest.. Nak tahu apa hadiah dan cara menyertainya??

Pemenang akan mendapatkan T-shirt seperti diatas ni la... sweet kan ^_^

Cara nak sertai pun senang je cuma ikut 4 step dari Sini

p/s: Jom ramai-ramai sertai contest ni ^_*


Friday, June 1, 2012

Apa itu Solat Dhuha?

Pada hari Jumaat yang indah ini jom kita kongsi manfaat dari solat Dhuha. Emak pun pernah berpesan kalau boleh kerjakanlah solat Dhuha.. Setelah mentelaah dan buat research bagai kita kongsikan bersama. Jom memahami apa itu solat Dhuha.

Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.


v  HUKUM SOLAT DHUHA

Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.      Tidak disunatkan.

4.      Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.

Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunatmu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamselalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ

صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ

بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.


v  KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

q  Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada AllahSubhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

q  Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

q  Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.

q  Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


v  TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

q  Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

q  Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-SyamaailBab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilaitsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis inidha’ifWallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

q  Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

 

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Thursday, May 31, 2012

Operasi Menambah Lemak

Setelah sekian lama mengikat perut untuk hari bahgia tetibe ade budak demuk ni ajak makan Pizza Hut lak. Bajet pizza de wat promo tuk lunch la kan (kecewa sbb xde pun t_t ) Lagi sedih sbb xtau pun skrg pizza de makanan sedap t_t (xyah nk nangis sgt k

 tersuka air asam boi la plak hehehe.... smpai smlm mkn ngn en.tunang pun order air ni...

ngh msj cik abg letew ^_^

xyah teruja sgt k NorSahirah!!! terserlah kegemukan anda.....

ni la dak demuk tu tp xde la demuk pun...sje je sakat die hehe sori myra ;p

ni la makanan yg sedap tu..Lime Pepper Chicken Chop

 Toasted chicken & cheese rolls yg dap..dap (ikut myra ckp)
Seafood Lasagna...biase je maby sbb dh mkn yg sdp kot tu xteruja sgt pun..

p/s: pasni nak ajak en.Tunang g pizza hehe ^_^