Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Chocolate Temptation

Aktiviti baru ujung minggu ialah mencuba resepi baru..hehehe.. Kali ni buat coklat plak.. Beriaya mencari resepi bersama en.Tunang. Setelah betungkus lumus buat dan ini lah hasilnya ^_^. Jom Layan......






p/s: Resepi xletak skali sbb cm xjd sngat..nt klo dh jd kita update ye ^_^

Tuesday, May 15, 2012

Menjala dipetang Hari

Pada suatu petang yang hening..hahaha hening la sangatkan.. Hari tu tetibe ada mood nak buat Roti Jala plakkan.. Ni sume gara2 kari ayam yang x habis. 




ROTI JALA

Bahan-Bahan:
1 Cawan tepung gandum
1 Cawan air
1/4 Cawan minyak
1 Sudu Susu pekat
sedikit pewarna kuning

Cara-Cara:
Campurkan semua bahan dan kacau rata. Seelok-elok tapis supaya tepung x berketul.
Setelah itu menjala ikut suka..hehe dan siap untuk dimakan

p/s: makan begitu saja pun sedap jgk ^_^

Wednesday, May 9, 2012

Aiskrim yang Sedap

Okey kali ni buat aiskrim plak..resepi nyr pun simple je amik dari Resepi Turun Temurun. Blek dari ofis trus ajak anak sedara buat aiskrim ni.. banyak jgk la dapat.. kalau nk tahu resepi nyr boleh scroll lagi ye..heheh 

haha lidi tu gne tuk mix kan warna

yang ni letak perisa strawbery

Aiskrim in the cup..senang nk mkn..

Bahan-Bahan 
1 tin susu pekat manis
2 tin air masak ( guna tin susu tadi)
1 sudu besar ovallet
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
perasa terpulang nk letak rasa apa

Cara-cara
1. Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk serta tepung jagung dan masak sampai memdidih sedikit supaya tepung jagung masak.
2. Setelah sejuk masukkan kedalam mixer (pastikan bekas besar kerana ia akan bertambah setelah dipukul) dan campurkan essen vanilla dan ovallet tadi. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga gebu...makin gebu makin lembut aiskrim tu. 
3. Asingkan mengikut berapa banyak perasa yang kita nk buat.
4. Sejukkan didalam peti sejuk dan nikmati bersama keluarga..

p/s: nanti aiskrim tu ringan je...


Wednesday, May 2, 2012

Hujung Mingguku Terisi dengan Red Velvet Cake

Weekend hari tu dapat jugak blek JB berjumpa mak n abah terchinta...Terkejut jgk la mak bila kita sampai, mana x nyer nak blek xbgtau..hehe bajet nk buat surprise la. Petang tu siap2 g beli barang dekat Econsave n  trus buat kek..Lama dah xbuat kek. Actually hari tu buat 2 kek, satu kek red velvet n satu permintaan abah suruh buat kek pisang. Tapi gambar kek pisang xde la..lupa nak amik... Jom tengok hasil kita cuba resepi dari Amirrah.. ^_^ 

kek dah siap tengah letak topping baru ingat nak amik

 Ini la hasilnya...comot huhuhu

View dari atas

Anis posing comel..bertuah la dapat tgk die senyum..klo x garang manjang..huhu

 Kek yang sedia dimakan

muka puas dpt mkn...

Resepi kek red velvet


Bahan A
250gm Tepung Gandum
1 sudu teh Baking Powder
1/2 sudu teh Garam
2 sudu besar Serbuk Koko

Bahan B: Buttermilk
240ml Susu Segar
2 sudu teh Cuka
2 sudu Pewarna Merah

Bahan C
150gm Butter
100gm Gula Castor
200gm Gula Perang
1 sudu teh Esen Vanilla
2 biji Telur

Bahan D
2 sudu teh cuka
1 sudu teh Soda Bikarbonat

Bahan E: Cream Cheese Frosting
250gm Cream Cheese
30gm Butter
1 sudu besar Esen Vanilla
1 sudu besar Susu Segar
100gm Gula Icing

Cara-cara
1. Pastikan Bahan A diayak terlebih dahulu sebelum disukat. Campurkan semua Bahan A.
2. Campurkan susu segar dan cuka dan perapkan selama 10 minit.Maka terhasil lah Buttermilk. Selepas itu campurkan pewarna merah tadi. 
3. Pukul Bahan C kecuali telur hingga kembang. Setelah kembang baru lah masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
4. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermik.
5. Campurkan adunan yang telah siap dengan Bahan D.
6. Masukkan kedalam loyang dan bakar selama 25-30 minit menggunakan suhu 175 degree.
7. Bahan E untuk cream tadi di pukul hingga kembang dan sedia untuk di hias.

p/s: abang kata nanti kawen buat kek sendiri...huhu mampu ke sume nak buat sendiri  T_T

:: Credit: Amirrah ::