Friday, March 9, 2012

Berdenyut-denyut


Dari pagi terganggu dengan anggota badan berdenyut-denyut, yang xtahan tu selang sejam (lbh kurang la) asyik denyut je. So amik keputusan search pasal rahsia anggota badan berdenyut. Just to share n don't believe it, just for fun (^_*)V
 
Rahsia berdenyut pada anggota badan :

1. Jika berdenyut pada seluruh badan : Maknanya akan melihat/berjumpa dengan seseorang yang bermakna pada kita.
2. Jika berdenyut pada semua bahagian kepala : Akan mendapatkan harta dan dikasihi/disayangi oleh orang lain.
3.   Di dahi kanan : Akan mendapatkan harta halal.
4.   Di dahi kiri : Akan mendapatkan kebaikan dari keluarga dan beruntung.
5.   Di ubun-ubun : Akan menjadi orang berpangkat.
6.   Pada alis kanan : Akan bertemu dengan kekasih.
7.   Pada alis kiri : Disayangi kekasih.
8.   Pada kelopak mata kanan : Akan memperolehi harta halal.
9.   Pada kelopak mata kiri : Akan dapat bertemu dengan orang tua yang jauh.
10. Pada tempat keluar airmata kanan : Akan menangis.
11. Pada tempat keluar air mata kiri : Akan kesusahan/bersedih.
12. Pada telinga kanan : Akan mendapatkan harta yang baik.
13. Pada telinga kiri : Keluarga yang jauh akan datang.
14. Pada daun telinga kanan : Akan mendapatkan harta.
15. Pada daun telinga kiri : Akan disindir orang/akan menengar umpatan orang.
16. Pada tepi dahi : Akan merasa benci dan kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup.
17. Pada pipi kiri : Akan sakit semasa berada dirantauan.
18. Pada pipi kanan : Akan mendapatkan pekerjaan.
19. Pada abdomen kanan : Akan menghindar dari sesuatu.
20. Pada abdomen kiri : Akan mengatakan sesuatu yang tak baik.
21. Pada dagu kanan : Akan dimuliakan oleh orang tua ataupun mendapatkan harta.
22. Pada dagu kiri : Akan mendapatkan pekerjaan yang baik.
23. Pada kerongkong kanan : Akan mendapat sedikit kesusahan.
24. Pada kerongkong kiri : Akan mendapat nahas.
25. Pada leher kanan : Akan mendapat sakit yang diakibatkan oleh kecelakaan.
26. Pada leher kiri : Akan bergembira atau akan bercuti ketempat yang jauh.
27. Di bawah ketiak kanan : Akan hilang sedikit hartanya.
28. Di bawah ketiak kiri : Akan menerima berita dari jauh.
29. Pada bahu kanan : Akan menghindar/meniggalkan  sesuatu.
30. Pada bahu kiri : Akan mendapatkan penghargaan dari orang lain.
31. Pada belikat kanan : Akan bergembira/bersuka ria.
32. Pada belikat kiri : Akan dimuliakan oleh orang lain.
33. Pada perut kanan : Akan mendapatkan rezeki yang banyak.
34. Pada perut kiri : Akan mendapatkan kebaikan.
35. Pada lengan kanan : Akan bertemu dengan kekasih.
36. Pada lengan kiri : Akan berpisah dengan kekasih/isteri.
37. Pada siku kanan : Akan mengalami kemarahan.
38. Pada siku kiri : Kekasihnya akan datang.
39. Pada telapak tangan kanan : Akan mendapatkan harta.
40. Pada telapak tangan kiri : Akan mendapatkan harta dari orang lain.
41. Pada belakang badan bahagian kanan : Akan kedatangan orang penting.
42. Pada belakang badan bahagian kiri : Akan melakukan perbuatan yang buruk.
43. Pada bontot kanan : Akan didatangi oleh keluarga.
44. Pada bontot kiri : Akan berkahwin.
45. Pada paha kanan : Akan mendapatkan harta.
46. Pada paha kiri : Akan kehilangan harta.
47. Pada tumit kiri : Akan mendapatkan harta.
48. Pada tumit kiri : Akan mendapatkan harta.
49. Pada telapak kaki kanan : Akan mendapatkan kesusahan.
50. Pada telapak kaki kiri : Akan merantau/bepergian ketempat yang jauh.

Maybe rindu ngn mak n abah yg g umrah...T T

Credit to: Eikieyn Ishak

No comments:

Post a Comment