Wednesday, May 2, 2012

Hujung Mingguku Terisi dengan Red Velvet Cake

Weekend hari tu dapat jugak blek JB berjumpa mak n abah terchinta...Terkejut jgk la mak bila kita sampai, mana x nyer nak blek xbgtau..hehe bajet nk buat surprise la. Petang tu siap2 g beli barang dekat Econsave n  trus buat kek..Lama dah xbuat kek. Actually hari tu buat 2 kek, satu kek red velvet n satu permintaan abah suruh buat kek pisang. Tapi gambar kek pisang xde la..lupa nak amik... Jom tengok hasil kita cuba resepi dari Amirrah.. ^_^ 

kek dah siap tengah letak topping baru ingat nak amik

 Ini la hasilnya...comot huhuhu

View dari atas

Anis posing comel..bertuah la dapat tgk die senyum..klo x garang manjang..huhu

 Kek yang sedia dimakan

muka puas dpt mkn...

Resepi kek red velvet


Bahan A
250gm Tepung Gandum
1 sudu teh Baking Powder
1/2 sudu teh Garam
2 sudu besar Serbuk Koko

Bahan B: Buttermilk
240ml Susu Segar
2 sudu teh Cuka
2 sudu Pewarna Merah

Bahan C
150gm Butter
100gm Gula Castor
200gm Gula Perang
1 sudu teh Esen Vanilla
2 biji Telur

Bahan D
2 sudu teh cuka
1 sudu teh Soda Bikarbonat

Bahan E: Cream Cheese Frosting
250gm Cream Cheese
30gm Butter
1 sudu besar Esen Vanilla
1 sudu besar Susu Segar
100gm Gula Icing

Cara-cara
1. Pastikan Bahan A diayak terlebih dahulu sebelum disukat. Campurkan semua Bahan A.
2. Campurkan susu segar dan cuka dan perapkan selama 10 minit.Maka terhasil lah Buttermilk. Selepas itu campurkan pewarna merah tadi. 
3. Pukul Bahan C kecuali telur hingga kembang. Setelah kembang baru lah masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
4. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermik.
5. Campurkan adunan yang telah siap dengan Bahan D.
6. Masukkan kedalam loyang dan bakar selama 25-30 minit menggunakan suhu 175 degree.
7. Bahan E untuk cream tadi di pukul hingga kembang dan sedia untuk di hias.

p/s: abang kata nanti kawen buat kek sendiri...huhu mampu ke sume nak buat sendiri  T_T

:: Credit: Amirrah ::

4 comments:

  1. ish ish ishhh sape jer la yg makan smpai tgal separuh tu..ehehe :)
    nyam nyam nmpak mmg sedap jer kan :)

    ReplyDelete
  2. Salam singgah Nor,
    rajin awak buat kek red velvet..
    Terima kasih sudi singgah n follow dapur Rahel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm Rahel.. tertarik tgk blog Rahel..hehe terus rase lapar ^_^..
      Thanks jgk follow my blog..Keep in touch =)

      Delete